CYBERVIEW RAI 200 ORANG KURANG BERNASIB BAIK

 

Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh keberkatan, Cyberview Sdn. Bhd mengambil kesempatan untuk merai dan menyampaikan sumbangan kepada 200 anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan mereka yang kurang bernasib. Majlis yang berlangsung pada 28 September lalu di De’ Seri Endon Puspanitapuri, Putrajaya telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Husin, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewanagan, Dato’ Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, AHli-ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Cyberview Sdn. Bhd. Pada majlis ini pihak Cyberview telah menyerahkan cek sebanyak RM60,000 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sepang untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Sebelum ini, Cyberview Sdn. Bhd Juga telah turun padang menjejaki lima keluarga yang kurang bernasib baik dan amat memerlukan bantuan.

Inisiatif yang ditunjukkan oleh Cyberview dalam mengenali dan mendekati golongan kurang bernasib baik diharapkan dapat menggerakkan naluri dan hati individu dalam organisasi mereka secara keseluruhannya dalam membantu kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. Majlis Malam Satu Harapan ini turut dijayakan oleh Astro Ria yang telah menjalankan siaran langsung program bual bicara, AC Di Sini secara eksklusif dari dewan yang sama.