Cyberjaya – Seramai 156 graduan diberi peluang latihan di syarikat-syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs)
Di sini dalam tahun ini di bawah Program Graduan Attachment Training (GREAT) yang dijalankan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi oleh kerajaan melibatkan kos sebanyak RM7 billion.
Di organisasi oleh pemilik hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd, Program Great Cyberjaya memberi peluang kepada graduan tempatan untuk mendapatkan latihan di syarikat-syarikat di sini.
Cyberview menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur bermula Mac lalu dan menerima sebanyak 198 permohonan sejak Jun 2009.
Sementara itu, Cyberview juga akan membuat dua lagi pengambilan menjelang hujung tahun ini dengan menawarkan tempat kepada 50 graduan di mana kesemua graduan adalah tempatan daripada institusi pendidikan tinggi yang dilantik.
Pelancaran Program Great Cyberjaya dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dalam satu majlis di sini baru-baru ini.
Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, Program Great Cyberjaya merupakan satu lagi nilai tambah yang dibuat dalam usaha mempromosikan Cyberjaya bukan sahaja sebagai pusat Multimedia Super Corodor di Malaysia bahkan sebagai pusat bagi majikan cemerlang yang membekalkan pekerja mahir.
Menurutnya, Cyberjaya hari ini sebagai kawasan yang mana terdapat lebih 500 syarikat yang kini sedang membangun dan menawarkan begitu banyak peluang pekerjaan kepada graduan menganggur.
“Selain itu Program Great Cyberjaya dibuat bertujuan untuk menyuaipadankan antara pemintaan dan penawaran pekerjaan yang terdapat di syarikat-syarikat dalam Cyberjaya. Selain itu, ia juga sebagai satu usaha meningkatkan pendapatan syarikat di Cyberjaya dalam menghadapi masalah kemelesetan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata, pelatih akan didaftarkan dengan dua jenis skim latihan termasuk teknik latihan komunikasi perniagaan, kaedah analisis perniagaan, kaedah analisis pemikiran dan pembinaan yang akan dilatih dalam jangka masa enam bulan oleh penyelia di tempat latihan masing-masing.
“Syarikat di Cyberjaya sedang berusaha mencari pekerja yang berkualiti yang diperlukan industri hari ini dan program ini merupakan salah satu daripada inisiatif yang diambil dalam usaha mencungkil bakat dan kebolehan graduan dalam bidang kerjaya.
“Ia dilakukan dengan menyesuaikan pelatih dengan jawatan kosong yang ditawarkan berdasarkan kelayakan mereka bersama jawatan yang ditawarkan dengan K-SMEs,” katanya. |